Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula
dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan
selesai kira-kira jam 6 petang tadi.
Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.
SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota
parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.
Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.
Pada
masa sama, pengusaha gerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di
kawasan tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan
mereka menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.
Menurut Edy,
rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen mengangkat
sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan tertinggi
SPR meletak jawatan.
"Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar," kata Edy.
Tambahnya, mereka mempunyai simpanan khemah tambahan sebagai ganti, sekiranya khemas sedia ada dirampas pihak berkuasa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar