Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel yang
diselar di atas talian kerana komen tidak semengahnya mengenai jerebu,
akan terbang ke Jakarta esok dan keutamaannya adalah untuk “memadamkan
api”.
Beliau mengatakan Malaysia mahukan penyelesaian serta merta kepada
krisis dan tugasan utamanya adalah untuk membantu kerajaan Indonesia
memadamkan kebakaran di sekitar Riau, Sumatera.
“Kami sudah bersiap sedia untuk membantu Indonesia dengan menyediakan
tenaga kerja dan peralatan. Kita boleh bantu dalam memadam api dengan
pembenihan awan untuk hujan,” katanya kepada pemberita di Wisma Sumber
Asli di Putrajaya petang tadi.
June 25, 2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar