Sasterawan negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar
kenyataan pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas
diumumkan sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis
muda.
"Kemudian,
mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada
sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau
betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata.
Mac
lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu,
sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain.
Menurut
Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak
fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah
mesej dan gagasannya.
Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon
melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil
kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya"
dalam isu semasa.
Dalam wawancara dengan Dewan Sastera baru-baru
ini, Baharuddin berkata, beliau tidak begitu mengambil berat dengan
kritikan itu kerana Shahnon menurutnya seorang yang "capable of the carelessness, tidak akademik dan tidak rasional".
"Yang saya persoalkan ialah kebijaksanaannya. Lack of wisdom ini
yang saya rasa bermasalah. Shahnon ialah seorang sasterawan negara dan
seorang profesor emeritus, saya kira hal itu lebih bermasalah," katanya
lagi.
Dakwa M'kini sensasikan laporan
Beliau juga mendakwa Malaysia mensensasikan laporan tersebut sebagai dengan menggunakan perkataan "Shahnon tolak" pada judulnya.
"Shahnon tak kata tolak. Jadi, mereka (Malaysiakini) perbesarkan, wajah tidak sama dengan bentuk. Sebab Malaysiakini buat, saya tidak hairanlah," katanya seperti dilaporkan majalah sastera nasional itu.
Beliau
juga menegaskan, kewartawanan yang profesional harus menentukan
kebenaran sesuatu penyataan tersebut daripada tuan punya badan sendiri.
"Sebab apabila saya diwawancara oleh Malaysiakini, saya jawab begini: Saya melihat daripada sumber jurnalisme - kesahihahan maklumatnya saya ragui.
"Kalau
saya seorang pengamal media, saya akan siasat daripada sumber yang
pertama. Kewartawanan yang profesional, harus menentukan kebenaran
penyataan tersebut daripada Shahnon sendiri," katanya.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum
ini, Baharuddin mempersoalkan "kredibiliti dan keasliannya" kritikan
Shahnon memandangkan ia datang daripada mulut Dr Faisal (kiri).
Baharuddin
berkata, sekiranya Shahnon tidak berpuas hati pemberian anugerah itu,
beliau mencadangkan supaya secara hormat menulis sendiri alasannya
kepada panel terlibat daripada menggunakan nama orang lain.
Walaupun
pelbagai pihak menasihatkannya supaya tidak menjawab dan beliau juga
merasakan sedemikian, beliau bersyukur sekurang-kurangnya "sedar diri
dan insaf supaya tidak melonjak terlalu tinggi dengan kegembiraan".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar