Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman berkata, Datuk Seri
Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan
berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya
dihantar.
Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana
menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai
sebarang jawatan pada masa itu.
"Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini.
Anggota
Parlimen Tanjung Ng Wei Aik semalam mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang
pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara
Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.
Ng mendakwa,
kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja
kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar
pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.
Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar
melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan
belum dihantar, dakwa Ng.