Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pergerakan
Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya pengampu sahaja tetapi
tidak berani bersuara apabila suara mereka diperlukan.
"Puak-puak
ni semuanya penipu saja bila bercakap tentang bangsa, yang jelasnya
nereka ni hanya pegampu," katanya kepada sekitar 7000 orang ramai yang
hadir ke program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam tadi
yang diadakan di dataran kompleks perniagaan Kampung Bakau dekat sini.
Beliau
mengulas tindakan mereka yang senyap sepi walaupun Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak melantik wakil Hindu Rights Action Force
(Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai salah seorang timbalan menteri di
jabatan Perdana Menteri.
"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun
dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara
pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.
Bagi Anwar,
sekiranya orang Melayu mempunyai kumpulan pelampau bernama Perkasa,
orang India pula ada pejuang bangsa mereka iaitu Hindraf.
Menjelang pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, Waythamoorthy telah
membuat mogok lapar sehinggalah Najib berjumpanya dan menandatangani
satu perjanjian dengannya.
Selepas itu, apabila Najib mengumumkan barisan kabinet barunya, turut dinamakan adalah Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.
Ekoran itu, MIC membantahnya namun ia tidak diendahkah oleh Najib.
Kini Hindraf menjadi saingan kepada MIC dalam mewakili kepentingan orang
India dalam kerajaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar